Rabu, Julai 23, 2008

Kosong.

Semalam yang muram, mengingatkan aku tentang suram, kelam, talam sepanjang malam. Terjaga aku dari mimpi indah yang tak memungkinkan kebenaran-nya di dalam dunia sebenar. Peruntukkan selamat keringat bernas yang selama ini panas, terbahas dengan begitu sahaja. Berlalu ia bersahaja..

Sedang aku masih masih di dalam suram, di dalam sperma-sperma ciptaan manusia yang tidak tahu apa. Suram masih menghantui jiwa, kepala ku ini. Kusut-masai.

Kitaran masa tanpa henti. Tiada kesudahan. Masa yang tetap akan berjalan. Tidak akan berhenti. Tidak akan terhenti. Tidak akan sudah. Tidak akan selalu.

Masih bimbang tentang pakaian? Senarai pakaian, kasut, aksesori idaman yang memualkan. Menyelimuti perasan jantanku.

Ternyata semuanya kosong.

Apahal?

Tiada ulasan: