Selasa, Februari 03, 2009

semalam yang masih panjang.

kau masih tersiksa. kau masih dijarah.

oh. oh. oh.

itu sahaja-kah?

kau terusir dari bumi sendiri. dari bumi yang masih nyata. yang jelas ia-nya bukan khayalan.

pantas, kau masih senyum. kau masih melawan. kau masih berdiri menentang. kau ilhamku. aku hati mu.

syukur.

jilat jangan tak jilat / sampai berkilat!

mungkin benar kau tertipu. atau mungkin tertipu itu kau benar. sama sekali benar celaka. kau sanggup keluar dari kepompong itu. buang-kan semua-nya. tinggal-kan semuanya. dan semput-kan semua-nya.

apa rasa puashati itu ada? atau masih terpinga-pinga menanti sebuah keenakkan bila bersinggah-sana. itu kau pasti suka.

jilat tahi palat. dan racun-kan kesemua meraka. biar mereka bisa merobek hati sendiri. lantas terus menjilat. terus dijulang tinggi.

tapi,

aku masih punya nama. aku punya muka. kita berbeza.

dan,

sesungguh-nya mereka terus menjilat. termakan kata² kau. biar perit tapi tetap menjilat. mungkin aku tidak faham. tapi aku tidak sebodoh yang kau sangkakan.

mereka masih menjilat.

jilatan yang bisa membinasakan mereka yang terdahulu-nya hina, benci, hina, benci, hina, benci, caci dan keji. hamburan kata² yang aku tidak akan lupakan sampai bila².

selamat malam, puaka.