Selasa, Januari 05, 2010

Selamat Datang ke Tanah Malayasia

Kait-mengait.
Sakit-menyakit.
Salak-menyalak.
Susah-menyusah.
Senang-menyenang.
Sembah-menyembah.
Patuh-mematuh.
Raja-mengeraja.
Kepala-mengepala.
Buka-membuka.
Tutup-menutup.
Simpan-menyimpan.
Bunuh-membunuh.
Bom-mengebom.
Turun-menurun.
Naik-menaik.
Suap-menyuap.
Lacur-melacur.
Hina-menghina.
Sumpah-menyumpah.
Jejak-menjejak.
Ajar-mengajar.
Simpan-menyimpan.
Tutup-menutup.
Butoh-membutoh.

Tulang empat kerat akhirat.

Aku ucapkan, Selamat Datang ke Tanah Malayasia.

Ahad, Januari 03, 2010

Berfungsi normal.

Berbicara di sebalik batu-bata. Terus bermain bahasa. Bahasa kasar ciptaannya.

Aku termanggu. Di balik pintu. Terus menunggu. Jadi dungu.

Berubah setiap sudut.

Aku toleh ke barat, aku nampak mereka. Aku toleh ke timur, mereka kelihatan marah.

Dongak ke langit, ku gapai awan. Ku peluk tubuhnya, dia senyum. Aku terus mencari bintang untuk bermanja, tapi dia tiada. Ku lihat bulan sedang menangis, menitis air mata. Ku tanya mengapa, dia hanya diam tanpa suara. Ku cari matahari pula, tidak jumpa-jumpa.

Tapi aku tahu, aku mengerti dan aku pasti. Semuanya akan berakhir.

Awan akan tetap ku junjung selalu. Bintang tetap akan berkerdipan manja. Bulan akan terus mengambang garang. Matahari akan sentiasa menyinari hari-hari aku cerah.

Ahad, November 22, 2009

Aniaya.

Pakai kasut terus henjut. Buat aku terkejut.

Masuk keluar senang saja. Bersahaja bagai tidak ada dosa.

Hirup udara kimia. Mandi air kimia. Makanan nasi berlaukkan kimia. Subjek kimia. Akal pendek.

Jutaan peminat di sana. Aku ini siapa? Gagak di rimba sahaja. Aku kosong seperti tin. Tidak punya apa-apa.

Tragedi tragis tangis senyum sinis habis.

Kasar.

Jalan untuk bahagia mesti tidak rata. Baru ada rasa.

Seperti singa yang kelaparan, aku mencari mangsa. Untuk diseksa. Biar padan muka.

Sengsara menjelma. Aku tahan. Dia tidak. Macam kotak. Senang dipijak.

Suara aku, mereka tidak dengar. Tapi mereka curi. Macam babi.

Ini perjalanan dimurka-Nya. Aku bukan neraka, tapi syurga. Meminta bukan habitatku.

Tolong aku bantu dia. Deria marah aku membuak. Dia seperti anak kecil yang terasa dirinya itu di dalam derita. Tapi sebenarnya biasa sahaja.

Masalah ibni masalah. Belum sudah satu, kau datang lagi satu ratus.

Pejam mata. Pekak telinga. Tutup mulut. Dalam selimut.

Rabu, September 09, 2009

Kembara Seniman Punk.

jarum peniti.

keinginan besar pasti membunuh. belum sembuh, sudah berkeruh. aku ke sini dengan satu tujuan.

penghapusan tanpa belas.

jalani dengan kemas. jangan ada bekas. biar mereka terlepas.

aku punk. engkau punk. mereka punk. tapi kita berbeza-beza pica. bertengkar-tikar. berselindung-hidung. acuan tidak sama. mengapa?

bukankah kau kata kita punk?

tujuan dan matlamat semakin pudar menghilang.

kau kata kita punk, bukan?

merapuh. pantang dirempuh.

dan sekali lagi, kau tetap akan kata kita punk, bukan?

atau adakah punk sudah pun mati?

tapi kau masih kata kita punk.

dan "ya punk, kau ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini."

Rabu, Ogos 19, 2009

terancam.

beragama. penyata kira². bank negara. suasana indah. taman tasik perdana. perlu diselenggara. segera.

otak berfungsi baik. cerdik. adik-beradik.

negara-ku tanah. tumpah-nya darah-ku rakyat. hidup bersatu dan maju. rahmat bahagia. tuhan kurnia-kan raja. kita selamat bertahkta.

takut bila ada orang mengekori. salinan terbakar. pejabat kosong. dikunci. turun.

wawasan (dua-puluh²). berpeluh. mengeluh. jambatan roboh. bumbung runtuh. kepala-butuh. mesin basuh.

waktu di bawah sering berjalan. ke sana. ke sini. bawa isteri. memperagai. minum kopi. tukar itu dan ini. janji² dipenjara oleh janji. diri sendiri. bersiri-siri.

kini. dulu. selama-nya. bila hendak datang melawat? baju kemeja batik boleh disarungkan. kaki kipas lipas.

jawab-nya tidak pantas. tiada balas. panas. sibuk tugas. perlu lekas.

sebelum dan selepas.

merdeka kamu adalah mati. adil kamu adalah liang lahad. sejahtera kamu adalah kain kafan.
7 kaki. persegi-nya hancur melecur.

kesimpulan, semua-nya sama. jadi? mari pergi dari sini. matahari menyinari. hari² sunyi. bumi ini, nyata mati. takuti.