Ahad, Jun 28, 2009

puaka.

puaka.

bodoh. aku memang bodoh. aku sepatut-nya sudah sedar lama, sejak darimula. tetapi..

ia-nya ada sekeliling aku. berada di sekitar hari² aku. muncul di dalam mimpi²-ku. walaupun kurang jelas. dan nyata pelik, tiada sesiapa memberitahu aku. walhal..

jadi aku tidak bodoh atau buta. maksud aku, hanya sedikit kekesalan kerana menyedari kewujudan-nya lambat.

satu perkara yang aku belajar, ia-nya sama seperti aku. sama seperti engkau. sama seperti manusia biasa. tiada beza. tidak seperti yang kelihatan di layar perak. sama sekali tidak.

hamka, malapetaka-puaka.

terima kasih thom-fucking-yorke.

empat.

berlipat. berat. padat. sendat. mampat. rapat. ketat. kerat. keparat. pengkhianat. penat.

spare-part. broken-heart. piss-art.

daa'th.

selamat hari mati. ke mana hilang vaksin-mu?

aku temui jalan buntu di situ.

demam kepialu. angin bayu berlalu. tak perlu diburu.

salur longkang jantung-ku tersumbat. pintu tertutup.
aku akan tidur selalu.

"Lord Money, hear us."
"We do not care for Nature, but for You"
"Who are the juice that flows"
"From Nature's wounded side,"
"And for the goods You give"
"To be our own possession"
"To have and to hold"
"Til Death us do part"
"For ever and ever"
"Amen."

dipetik http://www.greenhealth.org.uk/PoePol.htm

Khamis, Jun 25, 2009

atas tarikh kehidupan.

  • masuk ke dalam nyawa-nya. selami hati, jiwa dan minda. pasti-nya indah.
  • pertikaian masih belum berakhir. muka-muka. mual.
  • lari-kan diri dari semua ini. sunyi-sepi. berseri.
  • terbang ke udara. menyelinap ke pelusuk dunia. ceria. bahagia.
  • pertahanan aku semakin lemah. sudah goyah. susah.
  • perbandingan mereka ketara. rekaan manusia. dan manusia mereka.
  • nombor² itu berhantu. keliru. aku tak mahu.
  • persembahan tidak memuaskan. prestasi perlu ditingkatkan. kerja-kan.
  • teman² tidak keruan. semua harus tidur. rehat diperlukan.
  • pelan perniagaan hampir kenyataan. simpan dan terus menyimpan. angan-angan.
atas tarikh kehidupan. ringan-ringan. ikan haruan.

masuk ke malam.

sepatah, sepatah dan sepatah lagi ianya keluar. perumpamaan-nya semakin kelam-kabut. seperti naik bot.

keluarga-nya baik² belaka. semuanya hebat sangat. orang lain hanya-lah hina semata. betul. sampah semata. bersahaja.

jika mahu tampak hebat, harus punya sesuatu. harus punya kerja yang bagus. harus punya pendapatan tetap yang tinggi. mampu berkenderaan. mampu menawan menara gading. mampu ke luar negera belajar di sana. mampu lampu. suluh kejayaan. tangga untuk ke pulau kebanggaan.

kau masih muda. perlu belajar. bukan untuk dibangga. tapi untuk kenal manusia. gunakan sebijak-nya. belajar dari susah untuk senang. itu pengalaman. itu peringatan. bukan dari senang untuk menjadi lebih senang. amaran.

dan pasti engkau akan terasa bukan?

betul tidak?

tidak betul?

kita jumpa lagi, barangkali kali-lain.

Isnin, Jun 22, 2009

perbincangan tertutup.

untuk menyampai-kan apa yang tersirat, tentu bukan mudah bagi aku. kerana aku telah menjadi-kan susah sebagai alasan-nya.

d.i.y. or d.d.d.

ternyata ianya rumit. bicara hanya untuk diri sendiri. bukan gentar atau goyah. cuma tidak sanggup mengecil-kan hati sesiapa. perasaan harus dijaga. itu yang aku mahu. tapi..

aku hanya mampu untuk tunggu. dan, apabila tiba masa-nya aku pasti gerak. bergerak dari kancah dilema tersiksa jiwa ini. mereka ingin yang terbaik. aku juga mahu yang terbaik. kancah ini tidak baik. harus cepat keluar. harus pantas bertindak.

tidak, tidak dan tidak.

lagu² itu bukan untuk aku tapi dari aku teringat kepada-mu.

dan mudah²an kau celaka.

Ahad, Jun 14, 2009

keampunan yang aku cari

setiap kali memanggil nama-nya, aku tenang. setiap kali memanggil nama-nya, aku riang. setiap kali memanggil nama-nya, aku gembira. setiap kali memanggil nama-nya, aku suka. setiap kali memanggil nama-nya, aku menjadi aku. setiap kali memanggil nama-nya, aku bersyukur. setiap kali memanggil nama-nya, aku akur.

ya, aku akur. kamu memang bangsat.

Sabtu, Jun 06, 2009

impian yang durjana.

ruang hidup aku masih lagi dipenuhi dengan kata² gelap yang meminta aku menipu kepada syaitan bahawa aku bukan-lah salah seorang daripada mereka walaupun dunia ini sudah maju ke hadapan meninggalkan aku di belakang tanpa ada rasa belas-kasihan.

aku katakan sabda mereka pada mereka, berfirman-lah engkau kepada "betul". ya betul, tunjukkan-lah aku jalan untuk ke sana. aku masih lagi sesat di sini. menanti apa yang aku jua kurang pasti.

kokokan sang jantan memecah buntu hari aku. terjaga aku. terhenti lamunan-ku. lantas, laungan merdu pipit ku dengari jelas. berlari anak aku meninggalkan kau yang masih di situ.

renung = kan.