Jumaat, Mei 30, 2008

Pintaku semoga kau sedar.

Kurang pandai, ku sangka? Sakai-salai. Pelbagai. Talib salib, salib yaacob. Ini bukan satu paksaan. Ini juga bukannya mainan. Saya kata benar. Saya bilang bohong. Manusia senohong. Hentikan-lah berserombong. Perut sudah kembong. Kami masih lapar. Tetap dahaga.

Meneran ditekan. Sungguh terkilan. Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Padi huma, padi lemak, pukimak berlemak. Benci diri. Ibarat keji. Saji caci. Bawah laci. Warna hijau. Bukan sehelai. Tidak terkira.

Haloba. Ikan tuna. Dahaga. Ulam pegaga. Seungkap, setangkai penawar.


Anjing di atas kenyang disusukan,
Anak di rumah mati kelaparan,
Benak rakyat amat memerlukan,
Akan, satu perubahan.



Satu kata, satu jiwa, satu cinta - "TURUN.."

Khamis, Mei 29, 2008

Jadi anjing, kerbau binasa.

Busuk. Tak berotak.

Berbintang-bintang. Planet Marikh. Bunuh. Ku hunus pedang, menentang. Biarkan senapang. Saya tidak gentar. Gentar akan mereka. Mereka bangsat. Bangsat selangsat.

Sawan-angka, perlukah bangga? Perlukah bersorak? Perlukah? Perlukah huh?? Akta Angkasa, mungkin saya bangga.

"Mahu tumpang saya ke bulan? Sudah tentu, sila bayar tambangnya. Ianya bukan murah. Awak mampu?"

"Semestinya, saya seekor anjing yang berasal dari tanah murka negara Boleh-lah. Negara yang akan melakukan apa saja demi untuk melepaskan anjingnya ke angkasa."

Minyak disambar babi. Saya takkan berhenti. Ini tak boleh jadi. Buangkan prasangka bodoh, hodoh, cekodok-mu itu.

Menghitung tatabahasa. Dicerca-dihina. Ku hunus pedang.

Biarkan!

Ianya yang bicara.

Rabu, Mei 28, 2008

Jika benar.

Sudah terbukti, siksanya. Bagi mereka, kami-lah syaitan. Oh tidak! Saya teruja. Bodohnya.

Dahulu semuanya betul. Hey! Orang Tua!! Saya bukan bodoh. Tak perlulah membodohkan saya, kami, kita, mereka, semua! Pergi jahanam. Saya masih berdiri. Saya masih berjalan. Jika benar, buktikan!

Ini tidak adil, malah menusuk jiwa. Tiada luka, jangan ada perasaan keras. Saya menyepak. Bahasa batu, ku seru, Dewa Batu menyeru. Seruan batu, berbatu-batu. Polisinya amat ketat, padat malah menyendat. Terlampau hebat. Dia menyekat semua! Kami ibarat sampah, sampah masyarakat. Hanya kerana seruan batu itu. Ini tidak adil!

Baris-kah BARISAN NASIONAL?
Adil-kah KEADILAN?
Berapi-kah roket DAP?
Islam-kah PAS?

Kotor. Bersemut. Semuanya hanya sakit. Sakit rumah. Sila jamah. Tidak-kah benar itu semua? Saya tanya. Apa lagi? Mereka lagi? Apa yang perlu lagi?

Jadi?