Khamis, September 25, 2008

Depan.

Kerna terlalu percaya, kau pangkah.
Kerna terlalu bodoh, kau sondol.
Kerna tidak sama, kau hina.
Kerna itu harus, kau buat.
Kerna itu salah, kau takut.
Kerna itu duit, kau kipas.
Kerna itu untung, kau terima.
Kerna itu susah, kau payah.
Kerna itu gila, kau cerca.
Kerna itu kulit, kau pinggir.
Kerna itu taraf, kau hirau.
Kerna itu darjat, kau pijak.
Kerna itu karut, kau carut.

Ketidak-samaan ketara. Bahagia. Berhenti. Turun. Dan Gemilang.

Selamat Hari Raya KKK (Kerna, Kerna, Kerna)!

Tenang.

Harus. Tidak semesti-nya. Bersuka-ria. Keji. Hina. Lalai. Terkapai-kapai. Hilang. Terus. Beratur. Mencangkung. Bersila. Lipat. Untuk-mu. Wawasan. 10¢. 3.4b. Beri salam. Bahaya. Teras. Ajal. Takdir. Karma. Kesusahan. Kepayahan. Kejadian. Mengamatkan. Sedih. Berlalu. Kilat. Sepi. Teguh. Indah. Suci. Berjimat. Nuklear. Letupan. Intip. Tangkap. Jual. Minyak. Sayu. Gerhana. Api. Malap. Syahdu. Wau. Soalan. Tanpa. Jawapan.

Selasa, September 23, 2008

Petikan gitar-mu, sinari jiwa.

Telah bertahun-tahun lama, ku-tunggui kamu yang tak akan mungkin singgah di mata. hanya jejari yang akan tetap memicit kekunci ini, mencari kamu dan terus mencari kamu. 

Terjumpa!


Sabtu, September 20, 2008

Lawan!

Aku telah bersedia. Bersedia melawan hingga ke titisan darah yang terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata. Terpampang yang bisa gampang. 

Ayuh kawan!

Apa? 

Mereka fikir kita tidak berani?

Masa-nya sudah tiba. Ku terasa akan nyawa-ku meronta-ronta ingin keluar dari kepompong jasad ini. Bersedia aku untuk menghantarkan-nya ke sana. Ke Alam Barzakh.

Terus, usah undur. Mari kawan. Kita lawan. 

Ke penghujung.

Ke penghujung.

Ke penghujung.

Tammat.