Khamis, Jun 26, 2008

Puas suka hati.

Di sini lahirnya, penipu. Di sini lahirnya, penyangak. Di sini lahirnya, penyamun. Di sini lahirnya, petualang. Di sini lahirnya gampang. Serampang dua mata. Talam dua muka. Syahdu tak terkata. Di sini-lah semuanya bermula.

Kuasa, tidak berkuasa. Jam ini berapa harganya? Persahabatan yang amat mulia. Bekeroncongan ke sana-sini. Tak berbudi. Iri hati, seperti babi.

Banyak urat, tidak jumpa. Terlalu dalam letaknya. Mungkin isinya itu sangat tebal. Tak mungkin terjadi, tapi ia kenyataan. Masih tercari-cari, dari kiri terus ke kanan. Hingga jumpa. Satu kali bukan mudah, dua kali lebih pedih berdarah. Demi kemuliaan, ia diteruskan. Demi kebaikan, ia digagahkan. Biar tiada ganjaran. Ianya bukan mainan.

Kain putih diselimuti darah. Darah merah terus membasah. Menukarkan warna muka si empunya kain. Pucat lesu, keletihan, tambah pening dan keliru.

Kopi susu manis secawan, keseorangan. Mereka melangkah kegembiraan. Kerana suka. Lalu berlari ke dalam meminta makan. Meminta belas. Hanya kosong. Terus kosong. Kosong.

Kosong. Kosong.

Hati. Hati.

Isnin, Jun 23, 2008

Penilaian perasaan manusia.

"Di dalam diri kamu pun masih ada ketidaksempurnaan-nya. Dan sesungguh-nya kamu tidak akan dapat berjaya menjadi satu dari-nya."

Jangan kata orang lain tidak berani, takut akan kau. Bodoh! Apa yang kau sedang fikirkan sekarang? Cuba terangkan. Bosan. Kau itu tuhan? Berkarat kepala berkarat kau kata itu kampung? Kenapa kau perlu menilai? Apa kau mahu dinilai juga?

Terma Gadis Kampung sangat berleluasa penggunaan-nya. Kenapa? Kerana kewujudan gadis-gadis bandar seperti kau! Adakah kau sedar? Mahu-kah kau menjadi seorang daripada orang bodoh yang masih berada ditakuk-takuk terperuk beruk itu?

Bersalah, minta maaf saja. Mudah dan berkesan, nescaya-lah. Ianya satu kurnia tak ternilai dari paksi persegi yang mungkin tidak dapat diteliti daripada akal seorang manusia.

Kalau aku tidak sedar, tegur-lah. Usah menilai, menghakimi manusia sewenang-wenangnya. Mungkin kamu buruk di mata mereka juga.

Penilai yang baik ialah penilai yang mati!

Khamis, Jun 19, 2008

Buka rancak.

Saya benar, saya salah. Serba salah, bermasalah. Itu-lah..

Dulu tertanya-tanya, sekarang sudah terlupa. Kalau kira dengan jari, tentu habis. Tentu tidak cukup. Tentu tentang. Tentang dia.

Hidup. Kota lumpur yang memeritkan. Penipuan, teman setia anda. Media prima kroni-kroni bangsat-nya. Perit. Kapitalis-an, di mana-mana sahaja. Tidak boleh lari. Mereka sudah menang?

Sinis dan bodoh. Ketawa. Tidak akan diam. Tidak akan tewas. Tentang habis-habisan. Persetankan semua. Di mana bumi kupijak, di situ langit ku junjung. Bukan aku tak cinta kota.

Untung besar, makan mewah, perempuan ramai, keliling pinggang. Ketawa-lah engkau keparat! Satu hari pasti, kau akan kuhunus mati. Waktu itu akan terhenti-lah semua-nya. Segala-nya.

Ada masa, ada hati ku pergi jua.

Pergi mati!

Selasa, Jun 10, 2008

Akta Keselamatan Seluar Dalam.

Terasa bawah. Gundah dan resah. Terasa hilang. Ingin terbang. Setinggi-tingginya. Tiada apa lagi. Mereka cipta. Ciptaan yang tiada akhirnya. Saya hilang. Hilang dalam tanpa bayang.

Tersiksa, terhimpit, terhina, terjatuh, terhuyung. Di dalam gaung. Di tengah-tengah kota bodoh. Di tengah-tengah jenayah berkolar putih ini. Dunia hampa. Hampa-kan saya. Lilin terpadam. Tiada cahaya. Tiada apa yang tinggal. Hanya sebuah nama.

Jika waktu tidak berputar, saya minta dipadamkan. Dipadamkan. Dipadamkan. Dan dipadamkan.

Mempublikasikan hasil kera-kera(jaan) tanpa belas. Belas pada saya. Saya tidak tahan. Ingin keluar dari lembah bodoh ini. Buas, sangat buas. Kejam, sangat kejam. Tiada belas.

Belaian atau belian? Tertawa puas. Jual-lah saya. Juarakan saya. Biar semua mengerti, memahami, tahu akan tembelang semua. Semua itu bukan mimpi lagi. Ianya realiti. Tidak akan dapat dijangkau oleh akal manusia biasa, itu kata mereka. Mereka fikir saya bodoh. Salah. Ternyata sangkaan-nya itu jauh meleset sama sekali.

Bunyi desingan motor. Memecah hening Dataran Merdeka. Tetapi ingat-lah, merdeka-kah dataran itu? Bayu membawa saya pergi, jauh dari sisi-nya. Tak mungkin kembali. Kembali pada si luncai pelawak parlimen itu.

Kitaran jiwa luka, luka! Mengenangkan jiwa tersiksa. Tidak bertanggungjawab. Tidak. Tidak. Tidak.

Hentikan-lah si ISA itu. Boneka kera-(jaan). Berselindung disebalik cota hitam kayu padat. Memang sakit. Akan tapi, tidak akan menghentikan. Semangat juang dia, -nya, mereka dan keluarga mereka. Ingat, berkuasa tidak memberi apa-apa. Berlaku-lah adil. Dunia berputar. Saya tidak percaya.

Saya semakin kehausan. Semakin mengantuk. Saya ingin tidur. Tidur dengan aman. Tolong saya panggil bomba.


Pergi jahanam.

Saat indah, waktu susah.

Betul-betul hiba. Terharu mendengar. Bosan, bilang bosan. Mengaku saja. Senang. Dan tumpang senang. Kereta-nya. Mempergunakan-nya.

Bodoh. Masalah. Saya tidak pernah ada waktu susah-nya. Kemalangan. Semua-nya baik bersama si dia dahulu. Berjalan lancar. Dengan saya, tidak. Sama sekali.

Mengamuk. Maki hamun. Fikirkan diri-sendiri. Tidak ada toleransi. Tidak menghargai semua pengorbanan.

Itu kata-nya.

Ya! Kepala butuh-nya.

Rabu, Jun 04, 2008

Mereka mereka.

Mereka bahasa mereka. Mereka mereka. Saya tidak reka. Mereka memperekakan.

Pernah saya buat. Tapi penat. Perlukan kudrat kuat. Biar menyekat seluruh pintu. Seluruh seluar dalam mereka. Ku pacak-kan diri ini. Menunggu sambaran terakhir. Biar mereka tahu. Aku tidak mereka.

Jika benar apa yang dia bicara, biar. Biar saya hapuskan dia. Dia tak pernah, tak mungkin rasa gusar, isa yang menjaga dia! Kita? Teruskan diselubungi ambien sedih. Teruskan menangis. Teruskan menanti. Teruskan mencari. Teruskan bersedih.

Hampa, kecewa tidak terhingga. Tidak terkata. Mereka terus gembira, ketawa. Tidak apa-apa.

Sinis, menyingkap, meratap. Mengeluh, berpeluh. Saya tidak akan pernah kalah. Itu kata saya. Biar dunia habis. Biar dunia hancur. Semangat saya takkan luntur. Aku tetap akan senantiasa menanti bersama pedangku dan sebuku roti. Aku takkan lari. Lari kerana kalah. Kecundang, tidak sama sekali. Tetap lawan, tetap tentang, tetap rentap. Itu saya tahu. Itu saya mengerti. Mari keluar, mari semua.

Istana roboh. Isu petrol yang tak akan habis. Perang yang direka. Rasuah berleluasa. Topengan pro-agama. Kanker-kanker perkauman. Bangsa-bangsa bersatu, bangsat. Saya bosan. Bosan dengan semuanya. Saya mahu keluar. Mahukan sesuatu yang tulen, aman, damai, jujur dan wibawa. Merantai tabir, bagaikan tapir. Aku belum hampir.

Jangan jadi bodoh! Memang saya hodoh dimata kau.

Ianya pembalasan.