Selasa, Julai 15, 2008

Bumi beredar.

Cuba untuk beredar dari sini. Beralih arah ke arah yang tidak pasti. Berlari-lari ke sana, ke sini berhari-hari tanpa henti. Mengalirkan air mani sehari sehingga tiga atau empat kali.

Kerana panggilan jualan dan pemasaran aku jadi begini. Lebih sadis. Lebih tragis. Tragedi yang membawa aku hanyut ke alam yang tidak memungkin-kan syurga di depan mata, sambil syaitan ketawa gembira menghayun-kan bendera kemenangan. Dan mungkin ISA menari.

Biar masih berlari, aku tidak lagi terhenti. Aku teruskan mencari, tercari. Menggapai itu-ini. Apa yang pasti, ialah mati.

Kematian adalah jawapan kepada semua persoalan dirimu, diriku dan kita semua.

Tiada ulasan: