Khamis, Jun 26, 2008

Puas suka hati.

Di sini lahirnya, penipu. Di sini lahirnya, penyangak. Di sini lahirnya, penyamun. Di sini lahirnya, petualang. Di sini lahirnya gampang. Serampang dua mata. Talam dua muka. Syahdu tak terkata. Di sini-lah semuanya bermula.

Kuasa, tidak berkuasa. Jam ini berapa harganya? Persahabatan yang amat mulia. Bekeroncongan ke sana-sini. Tak berbudi. Iri hati, seperti babi.

Banyak urat, tidak jumpa. Terlalu dalam letaknya. Mungkin isinya itu sangat tebal. Tak mungkin terjadi, tapi ia kenyataan. Masih tercari-cari, dari kiri terus ke kanan. Hingga jumpa. Satu kali bukan mudah, dua kali lebih pedih berdarah. Demi kemuliaan, ia diteruskan. Demi kebaikan, ia digagahkan. Biar tiada ganjaran. Ianya bukan mainan.

Kain putih diselimuti darah. Darah merah terus membasah. Menukarkan warna muka si empunya kain. Pucat lesu, keletihan, tambah pening dan keliru.

Kopi susu manis secawan, keseorangan. Mereka melangkah kegembiraan. Kerana suka. Lalu berlari ke dalam meminta makan. Meminta belas. Hanya kosong. Terus kosong. Kosong.

Kosong. Kosong.

Hati. Hati.

Tiada ulasan: