Rabu, Jun 04, 2008

Mereka mereka.

Mereka bahasa mereka. Mereka mereka. Saya tidak reka. Mereka memperekakan.

Pernah saya buat. Tapi penat. Perlukan kudrat kuat. Biar menyekat seluruh pintu. Seluruh seluar dalam mereka. Ku pacak-kan diri ini. Menunggu sambaran terakhir. Biar mereka tahu. Aku tidak mereka.

Jika benar apa yang dia bicara, biar. Biar saya hapuskan dia. Dia tak pernah, tak mungkin rasa gusar, isa yang menjaga dia! Kita? Teruskan diselubungi ambien sedih. Teruskan menangis. Teruskan menanti. Teruskan mencari. Teruskan bersedih.

Hampa, kecewa tidak terhingga. Tidak terkata. Mereka terus gembira, ketawa. Tidak apa-apa.

Sinis, menyingkap, meratap. Mengeluh, berpeluh. Saya tidak akan pernah kalah. Itu kata saya. Biar dunia habis. Biar dunia hancur. Semangat saya takkan luntur. Aku tetap akan senantiasa menanti bersama pedangku dan sebuku roti. Aku takkan lari. Lari kerana kalah. Kecundang, tidak sama sekali. Tetap lawan, tetap tentang, tetap rentap. Itu saya tahu. Itu saya mengerti. Mari keluar, mari semua.

Istana roboh. Isu petrol yang tak akan habis. Perang yang direka. Rasuah berleluasa. Topengan pro-agama. Kanker-kanker perkauman. Bangsa-bangsa bersatu, bangsat. Saya bosan. Bosan dengan semuanya. Saya mahu keluar. Mahukan sesuatu yang tulen, aman, damai, jujur dan wibawa. Merantai tabir, bagaikan tapir. Aku belum hampir.

Jangan jadi bodoh! Memang saya hodoh dimata kau.

Ianya pembalasan.

Tiada ulasan: