Isnin, Jun 23, 2008

Penilaian perasaan manusia.

"Di dalam diri kamu pun masih ada ketidaksempurnaan-nya. Dan sesungguh-nya kamu tidak akan dapat berjaya menjadi satu dari-nya."

Jangan kata orang lain tidak berani, takut akan kau. Bodoh! Apa yang kau sedang fikirkan sekarang? Cuba terangkan. Bosan. Kau itu tuhan? Berkarat kepala berkarat kau kata itu kampung? Kenapa kau perlu menilai? Apa kau mahu dinilai juga?

Terma Gadis Kampung sangat berleluasa penggunaan-nya. Kenapa? Kerana kewujudan gadis-gadis bandar seperti kau! Adakah kau sedar? Mahu-kah kau menjadi seorang daripada orang bodoh yang masih berada ditakuk-takuk terperuk beruk itu?

Bersalah, minta maaf saja. Mudah dan berkesan, nescaya-lah. Ianya satu kurnia tak ternilai dari paksi persegi yang mungkin tidak dapat diteliti daripada akal seorang manusia.

Kalau aku tidak sedar, tegur-lah. Usah menilai, menghakimi manusia sewenang-wenangnya. Mungkin kamu buruk di mata mereka juga.

Penilai yang baik ialah penilai yang mati!

Tiada ulasan: