Isnin, Ogos 18, 2008

Aman.

Mungkin sudah lambat untuk sesuatu debat intelek tetapi saki-baki keliru masih sama dan tidak berubah.

Berubah dengan masa, waktu dan penyeksaan minda yang berleluasa adalah satu sumber yang menyakit-kan rakyat. Bagitahu aku, apa yang kita perjuangkan huh?? Aku sudah tidak ingat apa-apa, hanya suatu penangguhan hukuman semasa.

Dunia mungkin terhenti dan berhenti jika kita gagal untuk jinakkan si buas itu! Dari kepercayaan yang kau lepaskan akan datang-lah sebuah aman.

Aman yang kekal.

Pemerasan politik menyebabkan angin pahit ketidakpuashatian dan timbul kejayaan era baru, tetapi kini semua bagaikan tidak berjalan lagi. Bagaikan mati.

Kini sudah tiba masanya untuk kita menghidupkan kembali, membakar kembali, memperbetulkan semula sejarah hitam ini.

Bagitahu aku apa yang kau juangkan? Apa yang kita perjuangkan? Tiada satu kemajuan pun yang datang dari perang ini, hanya satu pertambahan dan perkembangan yang salah.

Dan bumi tidak akan tunggu, mari-lah kita raikan keamanan ini.

Kekal aman!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entah lah. kadangkadang terlalu ramai yang keliru!

KHAB berkata...

mungkin kebenaran itu yang sendiri keliru, amat keliru.

kamal sabran berkata...

relax.keep it save. peace no war!

Tanpa Nama berkata...

haha.. ok ok. peace no war.

KHAB berkata...

hell yeah! peace no war. everything should be in its right place.