Ahad, November 22, 2009

Aniaya.

Pakai kasut terus henjut. Buat aku terkejut.

Masuk keluar senang saja. Bersahaja bagai tidak ada dosa.

Hirup udara kimia. Mandi air kimia. Makanan nasi berlaukkan kimia. Subjek kimia. Akal pendek.

Jutaan peminat di sana. Aku ini siapa? Gagak di rimba sahaja. Aku kosong seperti tin. Tidak punya apa-apa.

Tragedi tragis tangis senyum sinis habis.

Kasar.

Jalan untuk bahagia mesti tidak rata. Baru ada rasa.

Seperti singa yang kelaparan, aku mencari mangsa. Untuk diseksa. Biar padan muka.

Sengsara menjelma. Aku tahan. Dia tidak. Macam kotak. Senang dipijak.

Suara aku, mereka tidak dengar. Tapi mereka curi. Macam babi.

Ini perjalanan dimurka-Nya. Aku bukan neraka, tapi syurga. Meminta bukan habitatku.

Tolong aku bantu dia. Deria marah aku membuak. Dia seperti anak kecil yang terasa dirinya itu di dalam derita. Tapi sebenarnya biasa sahaja.

Masalah ibni masalah. Belum sudah satu, kau datang lagi satu ratus.

Pejam mata. Pekak telinga. Tutup mulut. Dalam selimut.

Rabu, September 09, 2009

Kembara Seniman Punk.

jarum peniti.

keinginan besar pasti membunuh. belum sembuh, sudah berkeruh. aku ke sini dengan satu tujuan.

penghapusan tanpa belas.

jalani dengan kemas. jangan ada bekas. biar mereka terlepas.

aku punk. engkau punk. mereka punk. tapi kita berbeza-beza pica. bertengkar-tikar. berselindung-hidung. acuan tidak sama. mengapa?

bukankah kau kata kita punk?

tujuan dan matlamat semakin pudar menghilang.

kau kata kita punk, bukan?

merapuh. pantang dirempuh.

dan sekali lagi, kau tetap akan kata kita punk, bukan?

atau adakah punk sudah pun mati?

tapi kau masih kata kita punk.

dan "ya punk, kau ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini."

Rabu, Ogos 19, 2009

terancam.

beragama. penyata kira². bank negara. suasana indah. taman tasik perdana. perlu diselenggara. segera.

otak berfungsi baik. cerdik. adik-beradik.

negara-ku tanah. tumpah-nya darah-ku rakyat. hidup bersatu dan maju. rahmat bahagia. tuhan kurnia-kan raja. kita selamat bertahkta.

takut bila ada orang mengekori. salinan terbakar. pejabat kosong. dikunci. turun.

wawasan (dua-puluh²). berpeluh. mengeluh. jambatan roboh. bumbung runtuh. kepala-butuh. mesin basuh.

waktu di bawah sering berjalan. ke sana. ke sini. bawa isteri. memperagai. minum kopi. tukar itu dan ini. janji² dipenjara oleh janji. diri sendiri. bersiri-siri.

kini. dulu. selama-nya. bila hendak datang melawat? baju kemeja batik boleh disarungkan. kaki kipas lipas.

jawab-nya tidak pantas. tiada balas. panas. sibuk tugas. perlu lekas.

sebelum dan selepas.

merdeka kamu adalah mati. adil kamu adalah liang lahad. sejahtera kamu adalah kain kafan.
7 kaki. persegi-nya hancur melecur.

kesimpulan, semua-nya sama. jadi? mari pergi dari sini. matahari menyinari. hari² sunyi. bumi ini, nyata mati. takuti.

R to the f**king H.

hidup ini mudah.

beratur. tunggu nombor untuk masuk kubur. tidur.

aku menulis, bukan sebab aku ini penulis. aku datang untuk menyesat-kan kamu² semua!

alat kelui sudah berfungsi normal. jam tangan kini di lengan. jambangan bunga² plastik itu, kuhidu.

berbulu.

betul, aku sedang resah. resah menanti kamu. menunggu kamu. tidak-kah kau tahu dan rasa betapa dalam-nya cinta aku terhadap kau?

setiap masa wajah mu bermain di mata-ku. hampir setiap hari aku teringat pada-mu. alunan suara. melodi yang terhambur keluar.

bila-kah kita akan berjumpa?

radiohead, sila balas surat elektronik ku.

cibai

cibai.

terlantar aku lemah. ingin memanggil kamu tetapi malam terlalu larut ke dalam. kelam.

panas dan sesak nafas.

aku masih berprasangka-buruk walaupun aku tahu itu tidak benar. sungguh mati aku ingin mendengar suara kamu. ketemu kamu. sungguh mati.

aku terus menatap wajah dinding yang memeruk aku ke dalam dunia-nya.

jelas, aku terperangkap di dalam hidup aku sendiri. aku buntu. hilang akal. tersasar jauh.

kau sentiasa di fikiran-ku, cibai.

di mana aku, setelah kau tidak bertali? maafkan aku "ms. stratocaster".