Ahad, November 22, 2009

Kasar.

Jalan untuk bahagia mesti tidak rata. Baru ada rasa.

Seperti singa yang kelaparan, aku mencari mangsa. Untuk diseksa. Biar padan muka.

Sengsara menjelma. Aku tahan. Dia tidak. Macam kotak. Senang dipijak.

Suara aku, mereka tidak dengar. Tapi mereka curi. Macam babi.

Ini perjalanan dimurka-Nya. Aku bukan neraka, tapi syurga. Meminta bukan habitatku.

Tolong aku bantu dia. Deria marah aku membuak. Dia seperti anak kecil yang terasa dirinya itu di dalam derita. Tapi sebenarnya biasa sahaja.

Masalah ibni masalah. Belum sudah satu, kau datang lagi satu ratus.

Pejam mata. Pekak telinga. Tutup mulut. Dalam selimut.

Tiada ulasan: