mata masih belum tertutup. tapi aku seperti tidak hidup.
duduk, diam dan dengar. interaksi berlangsung. paksi² minda yang lemah dan longgar.
kedamaian selalu-nya tidak akan kekal lama. itu lumrah. keluhan demi keluhan, masih seperti biasa. sama sahaja.
kau anggap itu kecil, kau silap. kau anggap itu baik, kau salah. kau anggap itu bangga, kau nestapa.
sekarang aku mahu-kan kau senyap. sunyi tidak ada bunyi. aku perlu-kan sesuatu yang dipanggil ketenangan. kerana aku tahu, jalan kehancuran hanya di depan mata menunggu masa untuk menerpa.
pilihan mungkin tidak bijak. tapi aku masih ada perasaan. aku ada malu. aku ada sedih. aku ada hina. aku ada marah. harga diri. dan aku juga ada betul, ada salah.
aku akan lari dari paksi² ini. sepantas yang mungkin. secepat kilat. terbang ke awan biru. tanggal satu. berteman-kan kosong. pasti melopong.
bengkok. aku tunggu kau. aku tahu kau pasti akan datang. sebelum tiba ajal-ku. apa jua halangan akan aku harungi. akan aku seberangi. akan aku keluarkan kesemua-nya.
aku tidak akan bangun walaupun seinci dari kerusi ini.
lari dan terus lari. hati-hati dari teronani.
jalan mati. percubaan tak menjadi. sila datang lagi.
walaupun aku tahu yang kau sedang tersenyum, wahai babi.
wbfc
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan