Khamis, Jun 25, 2009

masuk ke malam.

sepatah, sepatah dan sepatah lagi ianya keluar. perumpamaan-nya semakin kelam-kabut. seperti naik bot.

keluarga-nya baik² belaka. semuanya hebat sangat. orang lain hanya-lah hina semata. betul. sampah semata. bersahaja.

jika mahu tampak hebat, harus punya sesuatu. harus punya kerja yang bagus. harus punya pendapatan tetap yang tinggi. mampu berkenderaan. mampu menawan menara gading. mampu ke luar negera belajar di sana. mampu lampu. suluh kejayaan. tangga untuk ke pulau kebanggaan.

kau masih muda. perlu belajar. bukan untuk dibangga. tapi untuk kenal manusia. gunakan sebijak-nya. belajar dari susah untuk senang. itu pengalaman. itu peringatan. bukan dari senang untuk menjadi lebih senang. amaran.

dan pasti engkau akan terasa bukan?

betul tidak?

tidak betul?

kita jumpa lagi, barangkali kali-lain.

Tiada ulasan: