Isnin, Jun 22, 2009

perbincangan tertutup.

untuk menyampai-kan apa yang tersirat, tentu bukan mudah bagi aku. kerana aku telah menjadi-kan susah sebagai alasan-nya.

d.i.y. or d.d.d.

ternyata ianya rumit. bicara hanya untuk diri sendiri. bukan gentar atau goyah. cuma tidak sanggup mengecil-kan hati sesiapa. perasaan harus dijaga. itu yang aku mahu. tapi..

aku hanya mampu untuk tunggu. dan, apabila tiba masa-nya aku pasti gerak. bergerak dari kancah dilema tersiksa jiwa ini. mereka ingin yang terbaik. aku juga mahu yang terbaik. kancah ini tidak baik. harus cepat keluar. harus pantas bertindak.

tidak, tidak dan tidak.

lagu² itu bukan untuk aku tapi dari aku teringat kepada-mu.

dan mudah²an kau celaka.

Ahad, Jun 14, 2009

keampunan yang aku cari

setiap kali memanggil nama-nya, aku tenang. setiap kali memanggil nama-nya, aku riang. setiap kali memanggil nama-nya, aku gembira. setiap kali memanggil nama-nya, aku suka. setiap kali memanggil nama-nya, aku menjadi aku. setiap kali memanggil nama-nya, aku bersyukur. setiap kali memanggil nama-nya, aku akur.

ya, aku akur. kamu memang bangsat.

Sabtu, Jun 06, 2009

impian yang durjana.

ruang hidup aku masih lagi dipenuhi dengan kata² gelap yang meminta aku menipu kepada syaitan bahawa aku bukan-lah salah seorang daripada mereka walaupun dunia ini sudah maju ke hadapan meninggalkan aku di belakang tanpa ada rasa belas-kasihan.

aku katakan sabda mereka pada mereka, berfirman-lah engkau kepada "betul". ya betul, tunjukkan-lah aku jalan untuk ke sana. aku masih lagi sesat di sini. menanti apa yang aku jua kurang pasti.

kokokan sang jantan memecah buntu hari aku. terjaga aku. terhenti lamunan-ku. lantas, laungan merdu pipit ku dengari jelas. berlari anak aku meninggalkan kau yang masih di situ.

renung = kan.

Sabtu, Mei 16, 2009

Hidup.

berjalan aku dan mereka di kota sibuk itu. pencarian yang dahulukala-nya terpaksa dihentikan, bermula kembali.

kembali ke sana bukan sesuatu yang mudah. atmosfera-nya, terlalu indah. terbang ke langit biru. burung besi. pemandu taksi. berjumpa teman. rumah yang begitu sederhana. layanan baik. sumpah aku tak akan jejak ke kota lumpur kembali.

kegembiraan sejenak sahaja. ambien-ambien dan faktor-faktor sedih terlalu hebat. jelas, perbandingan mereka nyata tidak setara. jauh jurang-nya. namun mereka masih lagi membawa nama manusia kemana sahaja.

wang saraan hidup, masih perlu. walaupun perit. terpaksa. demi untuk hidup.

membeli-belah seperti tiada esok-nya. berkereta mewah. mendiami istana. indah. lebih dari hidup.

tetapi mereka semuanya manusia. tetap manusia. bukan syaitan.

Rabu, Mei 13, 2009

D.I.Y. (Dangdut It Yourself)

Kau beri dan kau ambil.

Di sekitar hari-hari indah ini aku mendengar. Berita buruk dan tragis.

Lalu, ketawa ku sendiri. Hairan. Ke mana pergi syukur-mu?

Pusing aku memikirkan. Melihat kau telah hanyut, melihat kau telah lalai.

Sedar-lah, bumi kita masih kecil. Aku pasti jumpa kamu. Kamu pasti akan jumpa aku. Kami tetap akan saling jumpa mereka dan lantas mereka juga begitu.

Teman, sudah. Cukup. Hentikan. Usah diteruskan. Kerana, ini bukan masa yang sesuai. Mungkin.

Dan, suatu hari nanti, pasti kamu akan menyesal.

Ahad, Mei 03, 2009

sekali lagi esok.

bulan terang tetapi bengkok. dan matahari pasti terus menyusul. namun, janji perlu dikota-kan. terpaksa.

melihat memang mudah. merasa belum tentu. susah. lidah terkelu. jiwa terkedu. minda tersentak. memberontak.

banyak suara. kuala lumpur. ku telan air liur. ku minta panjang umur. agarku tak menggelupur. terjun lumpur.

salam sejahtera, busuk. harap ku jumpa kamu dalam esok-ku, sekali lagi.