Sabtu, Mei 16, 2009

Hidup.

berjalan aku dan mereka di kota sibuk itu. pencarian yang dahulukala-nya terpaksa dihentikan, bermula kembali.

kembali ke sana bukan sesuatu yang mudah. atmosfera-nya, terlalu indah. terbang ke langit biru. burung besi. pemandu taksi. berjumpa teman. rumah yang begitu sederhana. layanan baik. sumpah aku tak akan jejak ke kota lumpur kembali.

kegembiraan sejenak sahaja. ambien-ambien dan faktor-faktor sedih terlalu hebat. jelas, perbandingan mereka nyata tidak setara. jauh jurang-nya. namun mereka masih lagi membawa nama manusia kemana sahaja.

wang saraan hidup, masih perlu. walaupun perit. terpaksa. demi untuk hidup.

membeli-belah seperti tiada esok-nya. berkereta mewah. mendiami istana. indah. lebih dari hidup.

tetapi mereka semuanya manusia. tetap manusia. bukan syaitan.

Rabu, Mei 13, 2009

D.I.Y. (Dangdut It Yourself)

Kau beri dan kau ambil.

Di sekitar hari-hari indah ini aku mendengar. Berita buruk dan tragis.

Lalu, ketawa ku sendiri. Hairan. Ke mana pergi syukur-mu?

Pusing aku memikirkan. Melihat kau telah hanyut, melihat kau telah lalai.

Sedar-lah, bumi kita masih kecil. Aku pasti jumpa kamu. Kamu pasti akan jumpa aku. Kami tetap akan saling jumpa mereka dan lantas mereka juga begitu.

Teman, sudah. Cukup. Hentikan. Usah diteruskan. Kerana, ini bukan masa yang sesuai. Mungkin.

Dan, suatu hari nanti, pasti kamu akan menyesal.

Ahad, Mei 03, 2009

sekali lagi esok.

bulan terang tetapi bengkok. dan matahari pasti terus menyusul. namun, janji perlu dikota-kan. terpaksa.

melihat memang mudah. merasa belum tentu. susah. lidah terkelu. jiwa terkedu. minda tersentak. memberontak.

banyak suara. kuala lumpur. ku telan air liur. ku minta panjang umur. agarku tak menggelupur. terjun lumpur.

salam sejahtera, busuk. harap ku jumpa kamu dalam esok-ku, sekali lagi.